Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

19 Jun 2010

2050, gaya hidup baru......

19 Jun 2010
*Perangkaan terbaru menunjukkan umat Islam dunia kini berjumlah 1.6 billion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut Islam.

*Jumlah orang Islam di Jerman lebih ramai berbanding di Lebanon. China memiliki lebih ramai umat Islam berbanding Syria, manakala Rusia pula dihuni lebih ramai orang Islam berbanding Jordan dan Libya.

*(petikan dari Milenia Muslim April 2010- Ruangan Meja Editor)
Saya kira ini tidaklah memeranjatkan sangat, kerana ramai yang sudah maklum. Walau pun mungkin kita di sini khuatir dengan fenomena murtad di kalangan anak-anak muda kita, masyarakat Eropah di sana juga khuatir dengan kecenderungan masyarakatnya memilih Islam sebagai anutan agama.

Pada tahun 2050 Eropah diramal akan bertukar menjadi benua Islam dan bakal menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia. Ini yang ditakuti oleh ramai masyarakat dunia, kerana imej Islam yang sentiasa dikaitkan dengan perkataan Jihad ,terrorist, merejam manusia dengan batu, menggantung golongan homoseksual dan sebagainya.

kalau 2050, bermaksud lebih kurang 40 tahun lagi... masa tu umur saya insyaAllah 84 tahun. entah hidup lagi atau tidak. wallahualam. kalau hidup pun, saya berdoa saya tidak menyusahkan sesiapa dan kesihatan saya baik juga.

berbalik kepada isu Islam menguasai dunia itu, sikap mereka ini tidak boleh juga disalahkan 100%. Sikap ini juga saya kira banyak berputik dari sikap kita, umat Islam sendiri yang memaparkan akhlak dan kefahaman yang salah kepada mereka.

apa pun, setiap kita punya tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan negatif tersebut. bermula dari kita, kita mesti menerapkan dalam diri anak-anak kita agar akhlak kita dan anak-anak kita adalah akhlak Islam dan bukannya akhlak celupan Barat yang bukan Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan