Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

19 Jun 2010

Malangnya .............

19 Jun 2010


cerita ni dah basi...saya tau..
tapi nak keluarkan juga rasa di hati...
rasanya arwah tu, muslim kut...so, saya sedekahkan alfatihah pada beliau dan takziah pada keluarganya..

dua hari berturut2, kita diberitakan dengan kematian bayi baru lahir yang lahirnya di dunia ini tidak diraikan.. yang satu dilemaskan oleh ibunya sendiri, manakala yang satu lagi meninggal dunia bersama ibunya...

"tulah... buat kerja tak elok, padan ngan muka dia..." seorang sahabat memberikan pendapatnya
"masa buat tak ingat, ha, sekarang menyesal tak sudah.. kalau anak aku,dah lama dah aku tendang..." seorang lagi menambah
"bukan tendang lagi dah... masa kecik2 dah disumbat dalam perigi" ujar seorang lagi

itu semua pendapat yang saya dengar, bila membaca kes si ibu muda melemaskan anaknya...

tiba pula kes pelajar utm yang katanya telah meninggal dunia lebih 2 hari bersama anaknya...

" napela... tak beritau sape2?bingung betul budak ni..." ujar sahabat tersebut
"bodoh betullah budak ni... macam bukan budak universiti je..."
"sebab bodoh tu lah dia buat keje macam ni..." yang lain mnutup cerita..

entahlah....

rasa sedih dan sayu
membayangkan, sayalah ibu kepada kedua-dua wanita tersebut.. (nauzubillah) alangkah sedihnya saya... Dugaan yang maha hebat rasanya

membayangkan pula, saya wanita tersebut... begitu buntu, bercelarunya fikiran dan jiwa saya menghadapi keadaan tersebut...
stigma dalam masyarakat kita yang begitu kuat menghukum tanpa menghulur pertolongan mungkin menjadi penyebab kepada tindakan 'saya'.. walau pun ada institusi yang membantu wanita-wanita seperti ini, tetapi jika tiada orang2 terdekat yang menunjuk arah... dalam keadaan yang maha buntu itu, dan sarat mengandung, apakah jalan keluarnya?

memang betul wanita-wanita itu salah... tidak dinafikan... tetapi mungkin juga Allah menjadikan kesilapan ini sebagai satu cara membolehkan mereka menjadi muslim yang lebih baik jika diberi peluang...

apalah agaknya tindakan pendakwah kristian, jika mereka ini pergi memohon pertolongan dari mereka? sudah tentu... pelbagai bantuan yang akan dihulurkan...dan saya pasti, bukan kata-kata nista yang dihamburkan, tetapi kata2 perangsang yang akan dihulurkan untuk memberikan keyakinan kepada mereka meneruskan hidup...

saya sentiasa berpendapat, bahawa, kesilapan yang kita buat memang akan membawa kesusahan, tetapi kesusahan itu akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik... malanglah pelajar utm tersebut kerana tidak berpeluang membetulkan jalan hidupnya semula...

tetapi... manakah pergi sahabat-sahabatnya, kaum keluarganya sehingga tiada seorang pun yang beliau percaya boleh membantu beliau... malang sungguh.

0 ulasan:

Catat Ulasan