Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

17 Jun 2010

Apakah Melayu akan terus melayu??? ..........

17 Jun 2010
Mingguan Malaysia 16 Mei 2010)

Pecah, pecah, pecah…sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata, izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap dijauhkan oleh Allah SWT. 

Dalam aspek apapun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak kuat, hanya 8 orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita. Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang kaya, hidup dengan cara kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang Sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Saya amat yakin anak luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita. 

Tahun 2009 sahaja, hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan sebagainya. Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia?

Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?

Ini membuatkan saya mengimbau kekuatan Alam Melayu di zaman lampau, ketika mereka mula menerima Islam setelah sekian lama di bawah pengaruh Hindu-Buddha. Kenapa ketika Islam datang ke Alam Melayu 600 tahun lalu, umat Islam boleh menerima agama baru ini dan seterusnya melupakan segala persengketaan sesama mereka? Yang hanya ada dalam fikiran mereka adalah membina kekuatan dan keyakinan sehingga menjadi bangsa bertamadun. Terbukti, Islam berjaya menyatukan mereka. Melayu Islam menjadi umat yang kuat, gagah dan bertamadun. Kerajaan Islam Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia. Secara tiba-tiba nama Alam Melayu melonjak di mata dunia.

Tidak dapat dinafikan berlaku pasang surut apabila Alam Melayu mula ‘dijajah’ oleh barat. Itupun Tanah Melayu tidak dijajah dalam konteks yang sebenar, kerana raja-raja Melayu masih lagi menjadi ketua negara walaupun kehilangan sedikit kuasa. Penjajahan yang sebenarnya masih tidak berlaku kerana orang Melayu masih mempertahankan pemerintahan feudal ketika itu. Walaupun ada berlaku perebutan kuasa antara raja-raja ketika itu, tetapi ianya tetap dapat diselesaikan dengan cara berhikmah. 

Kita lihat, semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini amat menakutkan barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut? Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang? Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih belum kita ketahui? 

Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi zionis yang mahu menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka. Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels, Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut.

Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa untuk menguasai dunia, bermula degan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa. Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial, agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala- galanya. 

Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan kini, keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. 

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka. 

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat mengkoreksi diri untuk melihat di manakah kedudukan kita sebenarnya. Apakah kita telah benar-benar telah menari di atas rentak yang telah dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan melayu agar kita dikuasainya. 

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti menghalalkan cara. 

Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup keadaan nafsi-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad, serta menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi. 

Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan, pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia. 

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. Yahudi akan membawa masuk racun ‘liberalisma’ ke dalam negara-negara lain supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili mereka sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi propaganda Yahudi. 

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. 

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang melalaikan, seks bebas, filem dan bahan porna, sukan, pesta dan sebagainya, sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita? 

Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi. 

Pada masa sama, Yahudi juga akan memastikan kerajaan bangsa lain hendaklah diserahkan kepada mereka yang tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas, akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi. Yahudi tidak pernah memberikan peluang kepada umat Islam yang bermoral untuk memerintah. Mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral sebagai pengganti walaupun mungkin terlibat dengan pelbagai skandal. 

Berdasarkan ringkasan 24 protokol ini, amat jelas sekali bahawa protokol Yahudi hampir menguasai ke semua bangsa dan negara di dunia ini. Hanya masa yang akan menentukan hasilnya jika diizinkan oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, sudah pasti kita wajib menghalang perancangan jahat Yahudi laknatullah ini. 

Cara dengan mengelakkan orang Melayu Islam daripada menjadi melayu seperti layunya rumput semalu bila disentuh. Yahudi gertak sahaja, kita sudah takut dan menurut kata mereka. Saya cukup kagum dengan cara Iran menghadapi serangan dan perancangan Yahudi. Walaupun sebahagian kecil rakyatnya sudah dirosakkan, tetapi disebabkan oleh ketegasan pemimpinnya atas dasar Islam, Yahudi hari ini masih gagal lagi untuk menembusi Iran.

Kita tidak perlu meniru Iran kerana gaya dan cara hidup mereka berbeza. Cuma semangat presiden Ahmadinejad perlu ada pada kita supaya tidak mudah terpengaruh propaganda yahudi dan perlu yakin dengan kekuatan hidup beragama. Melayu tidak akan layu jika berpegang kepada Islam. Jika Islam yang menjadi rujukan dan cara hidup, kita akan terus mendapat kekuatan. Pokoknya, bagaimanakah untuk merealisasikannya? Ia bermula dengan mengelakkan atau mengurangkan perpecahan. Bersangka baiklah sesama kita. Seburuk-buruk kita, kita tetap bersaudara. Berkawanlah sesama saudara daripada berkawan dengan musuh atas nama Islam.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. “Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?” Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, “masa depan burung itu terletak di tangan kamu”. 

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian. Jika perlu campurtangan kita mesti campurtangan sebelum yahudi dan seterunya masuk secara perlahan-lahan. Sebenarnya yahudi itu sudah berada di depan mata kita.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
....................................................................................................................................................................

 

Komen ;


Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.

Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan'.

Jika seorang itu Melayu dan berugama Islam tetapi mempunyai perangai yang buruk, ia tidak harus dikategorikan sebagai seorang Islam atau Muslim, ia wajar dilabelkan sebgai Melayu Munafik atau Melayu fasik. Kalau dulunya dia seorang ulama tetapi selepas itu digelar ulamat sesat, maka yang wajar dilabel bukanlah ulama sesat tetapi Melayu Sesat.

Dalam Islam, ulama tidak sesat, mereka pewaris Nabi.

Islam tidak harus melekat semata mata kerana dia Melayu. Islam harus melekat hanya kepada yang meletakkan ugama sebagai cara hidupnya.

Marilah sama2 kita perjuangankan Islam, perbanyakkan orang Islam di Malaysia hingga satu hari Islam di Malaysia bukan atas dasar bangsa tetapi Islam di Malaysia atas dasar maju dan baik.
....................................................................................................................................................
DrRidhuan, Ramai golongan Melayu masih berpendirian tak pa...bukan tugas kita..membesarkankan benda remeh,dan ada ramai juga masih di tahap survival untuk hidup.Cerdik pandai pula ramai yang peka tapi tiada platform? untuk beraksi.Ramai mampu setakat berkata-kata saja. Namun saya percaya gelombang dakwah merupakan senjata mukmin untuk berjuang...InsyaAllah. Terus berdakwah.
....................................................................................................................................................
Benarkah kehancuran, perpecahan, perbezaan pendapat dalam politik negara di pengaruhi atau di biyai oleh bangsa Yahudi?

Apa lagi yang kurang?
Sekolah agama dah ada di kampung...
Sekolah pondok ada di sebelah utara tanah air, banyak...


Kolej Islam dah wujud, bagi mengemaskini subjek pelajaran dan mempelbagaikan ilmu agama, supaya agama Islam tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Universiti Islam dah ada di Malaysia, Arab Jorden, Mesir dan banyak lagi...

Adakah semua ini disediakan oleh bangsa Yahudi? Di beri pendidikan yang sempurna tetapi masih bergaduh dan berpecah!

Apa lagi nak?

Sikit-sikit kehancuran di salahkan kerajaan.

Sikit-sikit kerajaan, kerajaan bagi lesen kedai arak, club malam dan sarang pelacuran. Itu sebab berlaku kehancuran akhlak umat Islam.

Yang hairan itu, penduduk perdalaman pun boleh lahir anak luar nikah....hairan kan. Walaupun tidak sosial penduduknya macam orang KL....Hairan kan.

Salah siapa ni?
Salah kerajaan?
Salah Ibu bapa? (yang berkerja sebagai ustaz dan ustazah).
Salah Jiran?
Salah kawan?

Bila nak salahkan diri sendiri?

Macama biasa, politik punya pasal, WAJIB salahkan orang lain.

"Kita buat taik, orang lain yang busuk"...itu kan prinsip orang Melayu Islam zaman sekarang.

Saya kerja di sektor kerajaan, saya lihat di pejabat, setiap minggu ada ceramah agama di surau pejabat yang di undang untuk memberi ceramah...seperti Ustaz cakap, "cakap syok sendiri" semua ilmu yang dia cakap tak masuk otak, masuk telinga kanan keluar tinga kiri!!! Ada yang tidor pun ada, ada yang main sms pun ada, ada yang tunggu di luar, nak tunggu waktu masuk solat,(malas nak dengar)...masuk angin keluar asap!

Salah siapa ni?

Yahudi tidak licik, yang licik adalah orang islam, licik ponteng kelas, licik curi tulang di waktu kerja, licik bercakap belakang orang, licik putar alam dan putar belit dan licik salah gunakan ayat Al-Quran...mengaku ajelah.

Saya tak nafikan Yahudi ada perancangan yang cukup rapi, tetapi tidakkah umat Islam pun pakar dalam hal itu.

Kalau Yahudi boleh, Islam pun boleh.
 

Yang menjadi masalah umat Islam adalah TINDAKAN! yang tidak rapi, tersusun. Semua nak tunjuk hero, sumua ada pelbagai andaian masuk syurga.

Serangan Umat Islam more to fizikal, mati syahid, dan perang sana sini. Tidak kepada ilmu dan secara halus.

Agama kuat di negara Islam, masuk negara barat melanjutkan pelajarn terus hancur!

Orang Islam pulak dalam negara pun bercelaru dari segi hukum. Yang kecil nak di besar-besarkan....aduh, dari siang hingga malam tak henti-henti cakap si polan tu dan ini.

Kalay Yahudi boleh buat,

Orang Islam jugak boleh buat, yang menjadi masalah kita adalah pandangan yang pelik-pelik di keluarkan semata-mata nak mendapat sokongan ahli yang kecil!

Maaf kalau tulisan sy menyingung perasaan orang islam, TETAPI inilah reality!
....................................................................................................................................................
Inilah akibat sikap suka tuding jari tanpa mahu muhasabah diri dan banyak cakap dari bekerja. Di Malaysia, banyak tempat kotor. Layakkah tempat sebegitu dikaitkan dengan Islam yang bersih? Di pasarnya, dipenuhi wanita bekerja sedangkan dalam Islam lelaki yang dituntut bekerja. UK, Australia, US dll tempat "mat salleh bukan Islam" seribu kali ganda bersih sbb mereka walk the talk. Tidak seperti pemaki hamun dan pencerca, bertan-tan air liur dihabiskan memburukkan orang lain tanpa sedikit pun berusaha membaiki diri sendiri.
....................................................................................................................................................
Melayu semakin layu. 
Teguhnya bangsa kerana pemimpin runtuhnya bangsa juga kerana pemimpin.
Pemimpin Berbalah
Bangsa berpecah
Pemimpin tidak beramanah
Bangsa akan musnah.
....................................................................................................................................................
kita sekarang sudah merdeka lebih 50 tahun. nama pun sudah malaysia. bukan tanah melayu. itu dahulu. kita semua sama dan berbeza. masing menjalani hidup di atas bumi yg sama. kata satu malaysia. apakah pernah ada dua malaysia atau tiga malaysia? maju tetap maju. sejarah tetap sejarah. yang penting, ambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku dan teruskan sepertinya tuan hamba katakan. [pembangkang dan pemimpin atau sbgnya bkn harus kita pertikaikan, kita ckp byk pun tiada faedahnya, yg penting, negara kita harus kita pertahankan, bukan dari aspek perkauman semata.]
dan kita malaysia harus berusaha buka mata orang sekeliling perbaiki apa yg buruk dan banyakkan apa yg baik. perlihatkanlah pada remaja yg rosak akhlak, ataupun penjenayah yg sentiasa memburu mangsanya] bukankah itu yg sepatutnya dari kita yg duduk diam-diam. kutuk sana sini. buat fitnah [apakah kita harus bikin dosa yg bukan milik kita?]
kata-kata hanyalah kata-kata tanpa tindakan. kita yg harus sama2 berusaha. bukan sorg atau dua. bukan melayu atau india atau cina atau iban dan dll. tapi bersama. selagi tak salah dan benar, soal kerjasama tidak perlu melibatkan soal kaum, bukan?
....................................................................................................................................................
Saya setuju kita hendaklah memperjuangkan Semangat Islam itu. Tapi kita tu sape?. Bukankah kita tu orang Melayu yang semakin layu ni. Nak harapkan muallaf yang berapa kerat tu, itu pun cuma tinggal Dr. Ridhuan sorang je. 

Jadi kalau orang Melayu dah semakin lemah dan berpecah belah koyak rabak sana sini, sapa lagi nak pertahankan Islam, nak mendaulatkan Islam di Malaysia ni.
Nak harapkan Orang Arab Saudi, Orang Iran, Orang Pakistan, Afganistan, Turkistan, jangan harap, mereka pun ada masalah mereka sediri. Jadi pada sape lagi nak kita harapkan, sudah tentu pada orang Melayu yang dah confirm Islam.
....................................................................................................................................................
Kita  kena ingat, Malaysia ini dah lama dah iaitu libih 52 tahun mengamalkan politik menjaga kaum masing-masing. Aku lihat kaum lain masih berdisiplin mengamalkannya kecuali orang melayu.
....................................................................................................................................................
biarkan rid.tee bela melayu, biar TERPAMPANG betapa Rugi melayu yang Katanya ISLAM tapi Terus MELAYU MELAYU dan MELAYU diTiup Perangai Sendiri. Tidak lain tidak bukan... KEANGKUHAN. ANGKUH kononnya Aku adalah ISLAM dan ISLAM adalah Aku hingga TERLUPA apa itu ISLAM???
.....................................................................................................................................................
Benda ni ada kaitan dengan keberkatan. Oleh kerana rancangan dan kerja yang tidak berkat maka akhirnya semua tak menjadi.

Orang cina berkerja keras, bangun seawal 5 pagi untuk buka kedai dan tutup kedai lewat petang atau malam. Mereka kerja rajin dan gigih. Mereka layak menjadi kaya dengan usaha titik peluh mereka itu.

Orang Melayu pula ada kuasa politik, dengan kuasa mereka buat dasar untuk bantu Melayu dan menguntungkan orang Melayu.

Cukai dikutip dari orang cina yang kaya dan diguna dan disalur untuk membantu Melayu termasuklah memberi biasiswa kepada pelajar bumiputra.

Mungkin kita kurang mengambil kira keberkatan. Akhirnya tak menjadi, anak Melayu jadi kaki lepak, merempit, laluk dadah dan tidak bersemangat untuk maju.
.....................................................................................................................................................
Apa yang ditulis oleh Dr Tee tentang peranan Yahudi dalam melekakan umat islam itu amatlah benar. Ia sememangnya misi puak Yahudi supaya umat Islam jauh meninggalkan nilai2 murni Islam serta menjadi seorng yang bangga dengan arak, seks bebas, dedah aurat..dsb yang kononnya mengikut perkembangan zaman serta rasa diri hebat..pihak Yahudi memang berjaya dalm misi merka merosakkan umat Islam diseluruh dunia. Ekoran dari itulah kita jadi melayu hari ini..merempit, dadah, dsb kerana "iman" kita umat Islam di Malaysia kebanyakkannya amat tipis untuk menangkis propaganda Yahudi. Semuanya harus kembali kepada "iman". Umat Islam di Malaysia bukan shj seharusnya pandai berpolitik tetapi pandai berdakwah. Bagaimana nak berdakwah kalau iman kita pun teruk. Saya biasa mendengar kaum lelaki yang telahpun bergelar bapa gemar melayari laman lucah, menyimpan bhn lucah dlm talipon bimbit. Saya seringkali terfikirkan bagaimanakah generasi nya nanti..ya hasil daripada bapa seperti inilah anak2 melayu sekarang terlibat dgn seks bebas yang kronik. Ingatlah, sekiranya anak2 kita bermasalah, lihatlah serta muhasabahlah kembali diri kita sebagai ibubapa. Saya juga sgt sedih melihat ibubapa terkinja kinja di dalam progrm hiburan spt AF, sure heboh dsb. Bagaimanakah generasi ini yang kita harapkan untuk memikirkan masalah bangsa dan agama sekarang. Kebanyakan mereka langsung tidak berminat serta menyedari betapa lemahnya melayu masa ini dan betapa kaum cina memberi tumpuan untuk mendapatkan kuasa politik di Malaysia. Mereka langsung tidak perasan kerana asyik dengan dunia keseronokan. Spt kata Dr , kaum cina kuat dari segala bidang..satu shj yang mereka belum capai iaitu kuasa politik. Kepada saudara kita dipihak Pas, saya pernah terbaca di blog pembangkang bahawa mereka sangat mempersoalkan UIA dan UiTM yang banyak melahirkan proffesional Islam. LKS pernah kata , kalau ada UIA seharusnya juga ada Universiti Kristien. Saya tidak pasti nasib universiti2 ini sekiranya cina yang memerintah kerana sebelum memerintah pun mereka sudah sibuk mempersoalkannya. wallahualam..
...................................................................................................................................................soalnya sekarang, melayu pun blm tntunya Islam, tau. Kalau betul pun Islam, susah utk kita jugde semua ini krn semuanya bgantung pd orang jugak. Nak buat macam mana, kan. Saya mengaku sendiri. Ya, saya tidak menafikan melayu semakin pecah.. ye, sbg remaja, politik kt malaysia skg sudah smkn sedih utk kita baca di akhbar. msg2 tuding jari pdhl tak cermin diri.

saya juga bersetuju dengan alias mohd yusof. terus terang saya katakan. segelintir melayu yg malas. dan pd pndapat saya dan ramai lg, kmlsn itu dtgnya dpd sifat terlalu bergantung pd bantuan dan kurang berusaha juga serta kurang diberi pendedahan dengan cara tersendiri. kita tak perlu harapkan sesiapa untuk kita sedarkan diri kita. semuanya bergantung pd orang..

kalau manusia itu sendiri mahu berjaya, maka mereka sendiri harus usaha. bnde takan jatuh dari langit selagi malas itu masih ada.
.....................................................................................................................................................
pokok pangkalnya pemimpin melayu jangan terlalu selesa dengan kedudukan mereka. semestinya mereka yang mempertahankan perlembagaan yang ada demi agama bangsa dan negara. kalau pemimpin melayu asyik bertelagah macam mana bangsa nak terbela. jangan jadi macam harimau sarkas, hanya garang dalam kandang besi sendiri.
............................................................................................................................................ Saya sekirranya diberi pilihan tidak sama sekali hendak berada dalam kedudukan begitu rupa. Tapi apa kan daya ustadz telah ditakdir begitu untuk menegakkan ugama Islam yang selalu dan masa kini selalu tidak kena dan diperlekehkan. Kadang kala saya rasa malu kerana seorang Cina mu' alaf sanggup "stick his neck out" untuk menegurkan orang melayu yang beragama Islam secara kritis yang tidak mungkin dilakukan sendiri olah seorang melayu kerana takut di cemuh oleh bangsanya sendiri. Saya harap orang faham apabila ustadz bela, adalah agama Islam dan dalam konteks negara adalah sinomin dangan orang Melayu. Saya berdoa agar Ustadz diberi kekuatan, kebijaksanaan untuk terus menegurkan serta menyedarkan kami ini dan juga bangsa ustadz sendiri dari aspek politik sosial dan agama agar semua rakyat berbilang dapat hidup dengan amannya
..................................................................................................................................................Umat islam sekarang ini menjadi lemah sebab tiada pemimpin agung seperti masa zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah yang boleh menyatukan umat.

Pada 3 Mac 1924 sistem pemerintahan Islam (Khilafah) yang telah wujud selama 13 abad lamanya telah dibubarkan dan semenjak itu umat islam khususnya di Nusantara ini telah hilang tempat bergantung.

Kejayaan Islam untuk berkembang di Nusantara atau Alam Melayu dahulu tidak akan tercapai tanpa peranan Khalifah Uthmaniyah yang berjaya menyekat penjajah dan mengirim bantuan termasuk pendakwah, askar dan senjata.

Pemerintah Melayu dahulu telah beri baiat kepada Khalifah seperti yang dilakukan juga oleh kesemua pemerintah-pemerintah Islam yang lain.

Musuh-musuh Islam hari ini cuba melalaikan kita semua dengan cara hidup Barat, mengkaitkan Islam dengan penganas dan berbagai-bagai lebel lagi serta ingin umat Islam melupakan sejarah kegemilangan Islam.

Pelbagai istilah baru dan slogan telah diperkenalkan seperti Nasionalisme, Patriotisme, Sekularisme dan Kebebasan supaya umat Islam lebih cintakan bangsa, tanah air dan kumpulan atau golongan tertentu daripada Islam.

Umat Islam di Nusantara atau Alam Melayu berpecah dengan wujudnya beberapa negara di Asia Tenggara seperti yang ada sekarang tanpa kepimpinan yang jelas.

Sejarah Nusantara atau Alam Melayu dibawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah wujud selama 1300 tahun lamanya sebelum ini. Islam pasti akan bangkit semula dengan munculnya sistem pemerintahan Islam yang baru dengan kepimpinan yang benar-benar jelas dan sah.

Ada hadis Nabi saw: "Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah pelindung/perisai." Menurut sejarah, kekuatan umat Islam masa lampau adalah kerana bersatu tanpa nasionalisme dengan meletakan Islam di atas mendahului segala-galanya.

Melayu tidak akan berjaya jika cuba ketepikan Islam, bahkan mereka sebenarnya harus sentiasa bersedia untuk berjihad mempertahankan Islam jika Islam cuba difitnah.

Apabila datang yang hak maka yang bathil itu pasti akan lenyap juga akhirnya.
..................................................................................................................................................Salah jika adik cakap Melayu ni malas kerana bukan malas tetapi tidak berani dan tidak pandai mencari peluang dan merebut peluang.
..................................................................................................................................................."Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.”

Ulasan saya:

Memang benar Melayu dianggap keseluruhannya beragama Islam, tetapi Islam itu bukannya milik orang Melayu sahaja. Saya fikir semua penduduk Malaysia faham perkara ini, tetapi jika masih ada yang tidak faham, saya fikir mereka sengaja pura-pura tidak faham. Jadi pada pendapat saya kekuatan atau kelemahan bangsa Melayu tidak boleh mempengaruhi Islam. Yang boleh mempengaruhinya adalah KeImanan dan Ketaqwaan penganutnya. Lagipun sejarah boleh membuktikan bahawa tegaknya syiar Islam di Malaysia disebabkan kekuatan dan ketaqwaan penganutnya yang kebetulan ramai yang berbangsa Melayu.

Pendapat Tuan:

“Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan”.

Ulasan saya:

Islam menjauhi Melayu samalah juga kita menghalang syiar Islam itu daripada diajar dan disampaikan kepada orang Melayu. Pada pendapat saya, ini adalah kenyataan yang ZALIM terhadap orang Melayu kerana Agama Islam itu adalah agama UNTUK semua bangsa tak kira lemah atau kuat. Semua bangsa di Malaysia ini berhak untuk memperolehi ajaran dan syiar Islam.
....................................................................................................................................................Saya suka menggalakkan orang-orang muda yang ikhlas mahu dapat pengtahuan tambahan dan pandangan luas. Saya ingin membantu dan memberi penerangan mana yang saya fikir berfaedah.
 

Kerana ada yang menipu dilaman citra, harap jangan marah saya sedikit keraguan tujuan anda. Saya sedikit terharu dengan kata-kata anda saperti, "kmlsn (Melayu) itu dtgnya dpd sifat terlalu bergantung pd bantuan dan kurang berusaha juga serta kurang diberi pendedahan dengan cara tersendiri."

Anda nampaknya sudah mendapat pendedahan kapada pendapat dan pendirian satu bahagian masyarakat dinegara ini. Mungkin ada baiknya jika anda melihat "the other side of the coin". Ada beberapa rencana yang memberi pandangan "yang satu lagi". Mungkin salepas mendengar pendapat-pendapat lain itu anda boleh mendapat gambaran yang lebih luas dan membuat pendirian yang lebih tepat.
 

Latar belakang bangsa Melayu, budaya yang hanya berdagang secara tukar barang atau "barter trading", tidak berdasarkan timbang, nilai dan harga, hanya untuk keperluan harian dan esok lusa (daily sustenance) amat berbeza bila dibandingkan dengan budaya yang berniaga secara mengambil untung dan mengumpul harta. Maka disitu mungkin timbul persepsi malas dan sapertinya. Tetapi tidak begitu sabenarnya.

Masalahnya, Melayu ketinggalan jauh dibelakang bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi pelajaran. Seorang Professor Ekonomi diUniversiti Oxford, England, menyatakan bahawa orang miskin lambat maju, orang yang kurang pelajaran kurang nampak dan kurang mencapai peluang-peluang memajukan diri sendiri. Melayu miskin dan hampir tiada diberi peluang berniaga dan bersekolah dizaman pemerintahan British. Penjajah British mahukan Melayu terus menjadi petani dan penangkap ikan sahaja.
 

Melayu di Krian minta sekolah Inggeris dibina dikampong mereka tapi tidak diharaukan British. Melayu diKlang juga minta, dibina sebuah sekolah Inggeris disitu (Klang adalah kampong dimasa itu) tetapi ditutup selepas hanya 4 bulan. Masakan sekolah Inggeris ada cukup disana sini dibandar bandar.
 
....................................................................................................................................................
PRK Hulu Selangor. Pengundi bukan melayu tak sokong calon BN. BN menang tipis. BN menang kerana undi pos dan undi dari Felda Sungai Buaya (kata sesetengah orang). 

PRK Sibu. DAP menang dikubu kuat BN. Sekali lagi isu pengundi bukan melayu (cina) tak sokong BN timbul. Ada yang salahkan masalah dalam SUPP sebagai puncanya.

Tak perlu lah nak salah menyalahkan. Cuma yang kita kena faham adalah sikap/polar pengundi bukan melayu. Mereka sudah tak mahu BN lagi. Kerajaan boleh buat apa saja atau beri apa saja yang mereka minta. Kerajaan beri mereka terima dengan manis muka. Mereka tahu yang diberi kepada mereka itu adalah hak yang sepatutnya mereka terima tanpa perlu meminta2. Mereka tahu kerajaan tak ambil duit siapa2 untuk diberi kepada mereka, melainkan hasil dari cukai yang mereka bayar setiap tahun. So there is no sense of obligation in their feeling. Lu kasi gua ambil, tapi lu jangan ingat gua ada terhutang budi sama lu pulak.

Kalu dulu masa PRU 12, DAP main sentimen " Undi MCA = Undi Umno ", " Undi Gerakan = Undi Umno " dan " Undi MIC = Undi Umno " ... membuah kejayaan untuk merampas Penang dari BN. Kini di Sibu, strategi sama diguna pakai. " Undi SUPP = Undi Rambut Putih (Taib Mahmud) " ... DAP berhasil menawan kubu kuat BN.

Dan jika pendekatan ini diguna pakai dalam PRU 13 nanti, apakah Umno masih berpeluang lagi menduduki kerusi PM.
 

Pengundi bukan melayu bukan tidak suka kepada BN. Mereka lebih tidak suka kepada UMNO kerana BN ditunjangi oleh Umno. Tapi jika BN itu ditunjangi oleh MCA atau Gerakan atau MIC ... mungkin mereka tak beralih sokongan.

Mungkin mereka sudah letih melihat Umno menduduki kerusi PM. Mungkin mereka mahu melihat orang lain pula yang duduk.

Teori yang berpaksi kepada huruf "RAHMAN" sebagai PM sudah lengkap.

PM1 R - Tuanku Abdul RAHMAN
PM2 A - Tun ABDUL Razak
PM3 H - Tun HUSSEIN Onn
PM4 M - Tun Dr MAHATHIR Mohamad
PM5 A - Tun ABDULLAH Badawi
 
PM6 N - DS Mohamad NAJIB
 
PM7 ? - ????????

Apakah abjad yang bakal menjadi PM7 nanti adalah " L ". Bukan mustahil. Yang jelas kepada kita adalah bintang DAP semakin bersinar dan berkilau. Dulu DAP tak berapa bersinar, tapi selepas ianya digilap sama2 oleh Pas dan PKR semasa dan selepas PRU 12. DAP dulu dan DAP hari ini dah tak sama. Dulu DAP kosong, tapi hari ini DAP dah dapat Penang (mungkin tak ada hari lagi buat BN untuk merampas kembali). Perak PRU 12 sudah dalam genggaman DAP, tapi kuasa raja melayu telah menyelamatkan. Begitu juga dengan Selangor.

So PRU seterusnya mungkin menjanjikan yang manis2 kepada DAP. Apakah satu ketika nanti Umno bakal menjadi sepah kepada rakan2 dalam BN. Dan PKR dengan Pas menjadi sepah kepada DAP. Dan orang melayu akan menjadi sampah yang bersepah.

Apakah pada waktu itu baru kita orang melayu gila nak mendendangkan lagu " Habis manis sepah dibuang "

Yang perlu kita sedar adalah " DAP tak kan kemana jika tidak dengan bantuan dari Pas dan PKR ".
.....................................................................................................................................................
Melayu tidak perlu takut kepada DAP. 

Kenapa Melayu harus takut kepada DAP? APAKAH Tuhan DAP lebih kuat daripada Tuhan Melayu?

Orang Melayu harus takut kepada Tuhan sendiri! Tetapi ingat, ramai Melayu telah menjadikan UMNO sebagai Tuhan! UMNOlah yang memberikan rezeki! UMNOlah yang mampu mambawa kemajuan! UMNOlah menyelamatkan Melayu! UMNO hancur, Melayu TURUT hancur! Ini mitos sebahagian orang Melayu yang sempit jiwanya!

UMNO suka kalau Melayu terus bertuhankan UMNO, sama seperti Samyvello suka jika India terus menganggap beliau Tuhan MIC!

UMNO mahu kekalkan kuasa ke atas Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Kuasa UMNO hampir menyaingi kuasa Tuhan! Dan memang sesetengah Melayu bertuhankan UMNO!

Kalau kamu percaya Tuhan, biar UMNO hancur dulu, Melayu Baru akan bangkit, Melayu yang bebas daripada kekangan fahaman feudalisme dan khurafat.
.....................................................................................................................................................
Sama seperti segelintir Cina anggap MCA adalah pembela Cina, MIC adalah pembela India. Mereka menjadikan MCA dan MIC sebagai Tuhan.

Bila DAP naik, sesetengah Melayu telah takut, kerana imannya nipis! Kerana terlalu terpengaruh dengan ajaran khurafat yang ditanamkan sejak dahulu sehingga kini. Juga kerana terlalu panik bila mendengar istilah ULTRA KIASU.

Cina DAP boleh menakutkan Melayu! Cina muslim juga boleh menakutkan Melayu!
.....................................................................................................................................................
Tingginya nilai Islam ialah kerana ia menyuruh manusia hanya takut dan tunduk kepada Tuhan yang Maha Esa.

Ia mendidik manusia bahawa Tuhanlah yang memberikan rezeki, bukan manusia!

Bila manusia takut kepada selain Allah, itu namanya syirik!

Ramai manusia takut kepada pemimpin (bukan kerana kebaikannya tetapi kerana kejahatannya), takut kepada adat, takut kepada raja, takut kepada wali, takut kepada jin dan hantu!

Kita perlu berwaspada kepada manusia, benar! tetapi kenapa hanya kepada DAP saja?
 

70% Cina Sibu undi calon DAP, adakah kita perlu waspada kepada Cina Sibu? apakah Cina-Cina Sibu kebanyakannya kuncu-kuncu kepada taukeh balak ULTRA KIASU?

80% Cina Kuala Sepetang mengundi Dato Seri Mohd Nizar mantan MB Perak dalam PRK Taiping tahun lepas kerana seruan pemimpin DAP, apakah kita perlu waspada kepada Cina Kuala Sepetang yang menjadi nelayan?
....................................................................................................................................................saya risau dengan tingkah laku pemimpin islam yang mengaku MELAYU dan mengaku ISLAM...
mungkin tuan tak membuat komen atas hal ini,jadi saya perlu mengatakan perkara yang benar walaupun pahit ini...

saya sangat risau dengan pilihan pemimpin yg telah dipilih oleh rakyat ini...sangat2 risau mcm mana mereka menunjukkan BIADAP terhadap islam..menghalalkan judi???selepas nie apa lagi??
akan ada istilah zina halal??memberi lesen kepada rumah pelacuran supaya dapat mengawal kegiatan...begini ke CARA FIKIR mereka yg bernama pemimpin Melayu dan Islam

minta maaf tuan ridhuan,
kita perlu tegur hal ini tuan..minta sangat2 tuan tegur..tolongla kupas hal ini secara ilmiah...
"APAKAH MELAYU AKAN TERUS ISLAM?"
..................................................................................................................................................Saya terperanjat apabila di katakan kerajaan MENGHALALKAN LESEN JUDI DAN ARAK DAN RUMAH PELACURAN?

Betul ke?
Apa buktinya?
Salah satu ape?
Halal untuk orang Islam atau orang bukan Islam?

Yang tanda HALAL tu ape? Tidakkah kerajaan prihatin pada umat Islam.

Kalau TANDA HALAL tipu berlaku, itu tandanya kerajaan bagi lampu hijau ke?

Kita sebagai pelanggan, pengguna buat ape?

Arak tak ada di Landon ke? Tak ada di Arab ke? Tak ada di AS ke?

Ini adalah masalah pada individu itu sendiri...AWAK tak KUAT Iman kenapa nak salahkan kerajaan?

Kan saya dah cakap Ustaz, kalau tengok tulisan orang melayu atau islam ni tak lari daripada cakap Politik...hebatkan mereka.

Dari pagi sampai malam cakap pasal politik...dan tak lari mesti salahkan kerajaan, tetapi "dia" kerja dengan kerajaan...muka tak malu! Kutuk periuk nasi sendiri....dah ludah kat nasi dia makan nasi itu...sedihkan.

Maaf Ustaz, boleh tak artikal kali ini, tolong sedarkan masyarakat Melayu, lupakan politik buat sementara waktu! Tumpukan pada pelajaran, sukan , ekonomi, tabungan, pelaburan, dan kerja kuat, dan solat dalam aman.

Saya sedih ustaz, saya sedih ustaz, kenapa orang melayu bercelaru setiap hari?
 

Kenapa orang melayu hanya hidup dengan bercakap tentang politik sahaja? Tak penat kah mereka?
....................................................................................................................................................
tak payah HUJJAH sampai keluar air liur... hakiki REALISTIK melayu malaysia KALAH dengan KEBENDAAN/MATEARILISTIK! 
Sila terima HAKIKAT ini.
Cuma satu, TIADA PERUNTUKAN dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA Para Penjawat Awam adalah PENDOKONG TEGAR Kerajaan Persekutuan.
Tolong brainwash diri sendiri.
JANGAN BUAT HUKUM AKAL SENDIRI.
.....................................................................................................................................................
PENDOKONG BIJAKSANA adalah Berbeza 100% daripada PENDOKONG TEGAR.
Ingat SIFIR ini Baik-baik. Usah SOKONG BAWA REBAH.

Jika rumah anda diperbuat dari kaca, jangan baling batu pada orang lain. 

Saya setuju dengan Ambo. Rosaknya parti politik Melayu kerana ramai yang menjadi PENYOKONG TEGAR dan bukannya PENYOKONG BIJAKSANA SINI.

PENYOKONG TEGAR adalah yang menyokong memb*#*= buta. Apa pemimpin kata semuanya betul.
 

PENYOKONG BIJAKSANA SINI membantu pemimpin jika pemimpin tergelincir dengan syarat PEMIMPIN PUN BIJAKSANA SINI bukannya b*&*h dan gemar membuat keputusan politik hinggakan nak bagi peruntukkan bina parit pun kena kaji kesan politik. Apa ra...
...................................................................................................................................................terpulang pada setiap individu itu. saya pun sedih tengok hakikatnya tidak kira kaum atau agama, akhlak remaja sebaya saya semakin rapuh dek dibawa arus kemodenan dan materialistik, tidak dapat dinafikan di dunia yang fana ini, kita tidak lari dari kebendaan yg mengancam moral kita sehingga kita lupa dan lalai, malah ramai di kalangan kita yang sanggup berebut pangkat dan posisi demi semua itu.

saya pun teramat sedih.
....................................................................................................................................................
Terima kasih Dr RT kerana sering mengingatkan melayu agar jangan terus di pergunakan sehingga dipandang rendah. Sering dijadikan sebagai contoh dalam perkara yang salah, terus diserang oleh kaum lain kerana mempertahankan agama tetapi dianggap perkauman, sering dianggap lemah walaupun melayu itu sederhana.

0 ulasan:

Catat Ulasan