Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

19 Jun 2010

Malaysia benar-benar akan muflis ke ?

19 Jun 2010
Isu di akhbar Jumaat lepas, 28/5. Malaysia akan muflis pada 2019. 

Saya bukan ahli ekonomi, jadi saya bukan hendak menulis tentang isu tersebut dari kaca mata ahli ekonomi, bagaimana membendung atau cara mengatasinya.

Saya hendak menulis berdasarkan kerisauan seorang rakyat biasa yang sangat tidak tahunya tentang aspek ekonomi yang pelik-pelik ini.  Yang mana, saya adalah  antara salah seorang dari ribuan mungkin,  yang telah  diberi amaran oleh orang yang berkuasa dan lebih arif tentang isu tersebut.

Sebenarnya apa jadi kalau Malaysia muflis? Bagaimana saya hendak membayangkan buruknya situasi tersebut? Bila cakap pada emak saya, yang Malaysia akan muflis, dia tanya balik, habis tu, jadi apa kat kita?

Pakcik Google lah juga tempat saya bertanya.

Situasi bila Malaysia muflis



1. Matawang negara tersebut akan jatuh, dan nilainya mungkin lebih rendah dari harga kertas tersebut. Ingat duit kertas Jepun masa zaman Perang Dunia Kedua... berguni-guni duit kertas Jepun cap pisang.. tak bernilai langsung.

2. Hasil keluaran ekonomi akan merosot teruk.

3.  Sektor jual beli dan sektor perkhidmatan akan musnah.

4.  Kadar pengangguran meningkat.

5. Harga barangan import meningkat, kerana duit kita sudah tidak bernilai.

6. Bantuan kewangan dalaman tiada. (tak bolehlah buat pinjaman di bank)

7Kualiti hidup merosot teruk. (nak gi tengok wayang, tak boleh lah....saja contoh ya)

Ada lagi?


Yang no 5, 6, 7 tu menakutkan...

5. Akan ada keadaan huru hara (tiada polis yang boleh menstabilkan huru hara atau bomba yang memadam kebakaran)

6. Masing-masing akan berbunuhan antara satu sama lain untuk makanan.

7. Negara kaya akan membeli negara kita dan menukarkan demokrasi menjadi sistem diktator.

Takutnya....

0 ulasan:

Catat Ulasan