Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

1 kesilapan VS 100 Kebaikan

05 Mei 2010

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah atau kebaikan yang tidak dapat kita lihat. Dan jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita rasai, itu tidak bermakna sesuatu perkara itu tidak wujud.

Segalanya adalah terpulang kepada kita untuk menilai yang terbaik, dan melihat dengan mata hati, dan bukan terlalu cepat melakukan justifikasi yang terlalu mengikut emosi.

Begitulah yang terjadi kepada sahabat saya, semalam beliau menemui saya untuk meluahkan perasaan yang terpedam. Sebenarnya beliau seorang pekerja yang hebat dan dedikasi merasa amat kecewa dan marah apabila setiap pengorbanan beliau terhadap pekerjaannya tidak dihargai. sahabat saya itu sudah jauh dikuasai emosi.

Tetapi disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh majikan terhadap beliau semalam, saya melihat segalanya berubah.

Namun begitu, apa yang saya lakukan semalam, ialah menyuruh beliau meletakkan dirinya sebagai seorang majikan. Seorang majikan yang mempunyai beratus orang pekerja.

Satu soalan yang saya tanya kepada sahabat saya.

Adakah sahabat saya akan menjadi seorang majikan yang tidak pernah melakukan kesilapan?. Sahabat saya hanya diam.

Apa yang saya katakan kepada beliau, setiap manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Sekali majikan kita melakukan kesilapan, bukan bermakna kita perlu melupakan segala jasa baik yang telah diberikan oleh majikan kepada kita. Jangan disebabkan oleh satu kesilapan, kita perlu melupakan berpuluh atau malahan beratus kebaikan yang diberikan oleh majikan kepada kita selama ini.

Sentiasalah hidup dalam prinsip masa kini. Jadikan segala sesuatu yang pernah berlaku itu sebagai satu sejarah. Jadikanlah hari ini umpama hari pertama kita memulakan kehidupan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju...kerana kesilapanlah yg mematangkan & memberi pengajaran serta pedoman untuk trus berusaha...semoga nukilan diatas memberi pedoman & cahaya kpd semua sahabat pembaca

Catat Ulasan