Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kesilapan Adalah " Guru Kita "

05 Mei 2010
Salah satu cara untuk menjadikan kita sentiasa berjaya dan memperbaiki kehidupan kita adalah dengan muhasabah diri serta belajar dari kesilapan!

Apa sahaja kesilapan yang dilakukan sama ada oleh kita sendiri atau pun orang lain, pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya!
Inovator yang berjaya seperti Thomas Alva Edison contohnya tidak menganggap kesilapan dan kegagalan yang ditemuinya sewaktu mencipta mentol sebagai sesuatu kegagalan!

Sebaliknya beliau menganggap itu sebagai satu lagi pelajaran baru yang beliau terima. Sebab itulah beliau tidak berputus asa, dan berusaha dan mencuba dengan melakukan 1,000 kali kesilapan yang dianggapnya sebagai 1,000 satu cara dan idea yang tidak boleh dilakukan untuk menyalakan mentol!

Maka perkara yang silap tidak perlu dilakukan lagi!
Masalah utama pada diri manusia hari ini, adalah mereka bukan sahaja tidak menjadikan kesilapan sebagai guru bahkan mereka langsung takut untuk mencuba bagi melakukan sesuatu!

Jika kita tidak mulakan bagaimana kita tahu ianya tidak berjaya?
Ramai yang gagal memulakan sesuatu usaha hanya kerana meletakan batas dalam minda mereka!

Belum buat lagi tetapi minda telah mempengaruhi emosi dengan ketakutan yang amat sangat pada kesilapan dan kegagalan!
Cerita daripada pengalaman saya sendiri. saya cuba membetulkan kebocoran pada sistem paip di rumah saya.

Setelah diteliti masalahnya saya mengambil keputusan untuk membetulkannya sendiri.

Lalu saya bergegas ke kedai hardware berdekatan untuk mendapatkan alat ganti yang diperlukan. Sewaktu di kedai saya berhadapan dengan 2 pilihan alat ganti yang perlu dibeli dengan material yang berbeza!
Satu harganya lebih murah RM100.00 dan satu lagi 2 kali lebih mahal harganya-RM250.00!

Oleh kerana saya bukanlah tukang paip profesional, maka saya tidak tahu perbezaan kualiti antara keduanya.

Apa yang saya tahu kedua-duanya mempunyai fungsi kegunaan yang sama! Jadi saya mengambil keputusan membeli yang jauh lebih murah-RM100.00!

Sampai di rumah saya mula melakukan kerja baik pulih. Tiba-tiba sesuatu yang tidak diingini berlaku!

Alat ganti yang saya beli tadi tidak berfungsi dengan baik, baru sahaja saya memasangnya, terus ianya pecah dan rosak dan lebih mengharukan lagi ianya mengakibatkan sebahagian parts yang lain juga perlu diganti lagi!

Arghh…! RM100.00 terbuang begitu sahaja…terpaksa pula repair dan beli parts lain lagi, yang harganya jauh lebih besar…!!
Saya pelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut di atas!
Pertamanya, saya terpaksa membayar harga RM100.00 untuk alat ganti yang tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi mendatangkan masalah yang jauh lebih besar! dan juga terpaksa keluarkan jumlah lebih besar selepas itu untuk memastikan sistem paip di rumah saya berada dalam keadaan baik seperti sediakala.

Keduanya, saya rasa kita boleh faham bahawa untuk pembelian alat ganti, harga menunjukkan kualiti bak kata pepatah Cina yang popular; “ Ada Rupa, Ada Harga! ”

Bagi saya apa yang berlaku adalah satu pelajaran dan wang perbelanjaan yang saya keluarkan pula saya anggap sebagai yuran kursus Membaiki Paip Di rumah !

Apa yang pasti saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama! belajar sesuatu daripada pengalaman

0 ulasan:

Catat Ulasan