Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Masih prinsip masa kini

05 Mei 2010
Ramai diantara kita merasa bimbang dan khuatir tentang bagaimana keadaan masa depan kita. Tetapi sedarkah kita hari ini adalah masa hadapan bagi masa dahulu atau sebelumnya.

Apakah pula hubungan di antara kerisauan dan masa depan kita?

Untuk berjaya, kita perlu melakukan sesuatu pada masa sekarang dengan melakukan sesuatu yang boleh membawa kita ke masa hadapan yang kita inginkan. Tidak perlu risau dengan bagaimana nasib kita dimasa hadapan, kerana yang paling penting adalah kita perlu mengetahui bagaimana kita dapat mengerahkan sebahagian besar energi kita pada masa sekarang.

Jika kita hidup di masa lalu, maka yang biasanya kita bawa adalah kemarahan, kekecewaan, rasa takut dan perasaan tidak adil. Jika energi kita banyak kita letakkan di masa hadapan, maka apa yang akan terjadi pada kita adalah kerisauan. Jika kita fokuskan energi pada masa kini , maka kita akan hidup dengan gembira dan bahagia.

Katakan, jika kita memberikan energinya sebanyak 80 peratus untuk masa lampau dan 10 peratus untuk masa hadapan , dan hanya 10 peratus untuk masa kini. Maka, kita akan selalu mengungkit-ungkit apa yang terjadi di masa lalu. Jika kejadian di masa lalu itu negatif, maka semua kesilapan atau kesalahan yang pernah terjadi itu akan dikeluarkan semua. Dan bukan hanya sekali, namun berkali-kali.

Tetapi jika apa berlaku pada masa lalu adalah kejadian positif, maka dia akan selalu menceritakan kejadian masa lalu yang selalu memberikannya kebanggaan dan kejayaan.

Tetapi bagi individu yang bermasalah, adakah fokus mereka sebenarnya . Positif atau negatif?

Jika kita memberikan energi sebanyak 80 peratus untuk masa hadapan, maka kita akan selalu memikirkan masa hadapan.. Jika negatif, maka yang akan muncul adalah rasa risau, bimbang dan takut untuk menghadapi masa hadapan .Sekiranya perasaan kita untuk masa kini adalah positif , maka berkemungkinan besar kita akan membayangkan tentang masa hadapan yang indah.

Jadi apakah kunci kejayaan yang sebenar? .
kita perlu hidup gembira pada masa kini, gunakan prinsip masa kini dan hidup dengan penuh gembira. Sekiranya kita sentiasa gembira untuk hari ini, ianya akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita untuk memberikan energi yang positif terhadap masa lalu dan masa hadapan kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan