Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kita Kaya !

05 Mei 2010
Sekiranya kita diminta untuk menunjukkan satu perkara sahaja yang membuktikan bahawa kita adalah orang kaya, apakah jawapan kita?

Saya berpendapat jawapan yang paling tepat adalah anugerah KEHIDUPAN yang diberikan ALLAH kepada kita . Secara ringkas , sekiranya kita diberi peluang untuk hidup ketika ini, ianya merupakan kekayaan yang luar biasa nilainya. Semua yang kita capai dan kita miliki sekarang menjadi tidak bernilai sekiranya kita tidak hidup di dunia ini.

Mempunyai rumah yang besar, harta yang menimbun, sekiranya kita meninggal, adakah ianya masih mempunyai nilai kepada kita apabila kita kembali ke alam arwah?. Sudah tentu semua itu tidak dapat kita angkut bersama. Jadi hargailah kehidupan kita ketika ini. Walau dalam apa jua keadaan kehidupan yang kita alami hari ini.

Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang masih menjadi milik kita ketika ini. Ingat, kehidupan ini adalah pemberian Allah. Pada bila-bila masa sahaja nikmat ini boleh ditarik semula.

Banyakkan bersyukur, kerana banyak perkara yang membolehkan kita sentiasa bersyukur, Seperti kita masih boleh bangun setiap pagi, otak untuk berfikir, mata untuk melihat segala keindahan, hidung untuk bernafas, mulut untuk makan dan berkata-kata, dan banyak lagi perkara lain yang dapat membuktikan bahawa kita sebenarnya adalah seorang yang amat kaya.

Sedarlah , kita sebenarnya kaya!

Kekayaan Kita Tersembunyi, Tahukah bahawa kita telah kaya? “ Kalau aku dah kaya, tak perlulah aku hutang banyak-banyak! ”
Itulah yang di maksudkan dengan perkataan “ tersembunyi ” dalam tajuk di atas.

Satu cerita daripada radio beberapa bulan dahulu. Begini ceritanya …
Seorang pemuda asyik merungut tentang keperitan hidupnya yang penuh dengan kemiskinan. Dia berasa amat sedih. Keinginannya untuk bercuti di tepi pantai selama 3 hari sahaja pun dia tidak mampu lakukan kerana dia tak mampu.

Pada suatu hari, sedang dia merungut seorang diri, seorang pak cik tua terdengar rungutannya. Jadi, pak cik itu pun menegurnya,

“Wahai orang muda. Kenapa nak merungut ni.”
“Saya ni miskin lah pak cik. Entah apa nak buat dengan hidup saya ni.”
“Oh, gitu ye! Saya boleh berikan kekayaan kepada anda dengan syarat-syarat tertentu.” Ujar pak cik itu.

Dengan perasaan yang gembira, pemuda tersebut pun bersetuju, “Baiklah, saya akan terima sebarang syarat”

“Bagus, saya hendak membeli otak anda dengan harga setengah juta ringgit”

Dengan air muka yang terkejut, pemuda tersebut terdiam seketika lalu berkata, “kau gila, pak cik.”

Pak cik itu tersenyum dan teruskan, “Tak cukup? Apa kata Sepasang tangan anda dengan harga RM2 juta?”

Pemuda itu tidak dapat mengeluarkan kata-katanya sambil menggigil ketakutan.

Pak cik tu akhirnya ketawa sambil berkata, “Anda telah pun kaya. Cuma anda belum menggunakan kekayaan anda sebaik-baiknya”
Apakah betul kata-kata pak cik itu?

Apakah gunanya kekayaan jika kita tidak tahu atau tidak dapat menggunakannya.

Kita tidak perlukan kekayaan kerana kita telah pun kaya. Apa yang kita idam-idamkan ialah nikmat yang diberikan atau nikmat yang dapat ditukarkan dengan kekayaan yang kita ada.

Tak percaya? Cuba fikirkan kita memiliki berjuta-juta ringgit tetapi terperangkap di dalam sebuah pulau yang terpencil.

0 ulasan:

Catat Ulasan