Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

06 Mei 2010

Bertudung Tapi ....

06 Mei 2010
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Kenapa Perempuan Cantik Bila Bertudung

Dia mahu tutup aurat… … .

Dia jaga maruah… … … ..
Dia tidak mahu tunjuk kecantikan dia… … … … ..
Dia seorang yang pandai… … … .
Dia anak solehah… … … .
Dia dengar cakap mak ayah dia… … …
Dia hormati orang lain… … ..
Dia takut bila dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik… … dan ade niat tak baik… … … …
Dia tak mahu diminati ramai laki sangat… … ..
Tak nak menyusahkan org lain… … ..
Dapat pahala… … … …
Dapat menghindari dari maksiat… … … .
Supaya menjadi contoh pada perempuan lain… … ..
supaya lelaki yg beriman saja yang suka pada dia… … ..
Mendengar suruhan Allah… … .
Rambut perempuan adalah mahkota baginya… … … jadi jangan sewenang2nya menunjuk kpd laki … kerana jika kita menunjuk kita tidak bernilai kerana mahkota kita telah dilihat oleh semua laki… … … ..(kecuali keluarga)
Dapat megurangkan nafsu laki… … .
Sebab patuh pada suami… … …
Sebab… … banyak lg sebab… … renung dan fikirkanlah… … … ..

0 ulasan:

Catat Ulasan