Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kepuasan..

05 Mei 2010
Selagi kita bernama manusia, kita sentiasa inginkan kepuasan. Selalunya kita tidak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. Kita hanya tahu mengejar kepuasan dengan apa yang kita belum tahu bagaimana natijahnya samada baik atau sebaliknya.

Adakalanya apabila terlalu sibuk inginkan kepuasan, kita terlupa apa yang kita cari dan inginkan sudah berada di dalam genggaman.

Lumrah alam, yang hidup susah, pasti inginkan kesenangan, yang sudah senang inginkan lebih kemewahan, pendek kata kita sebagai manusia tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.

Tidak salah sekiranya kita sentiasa ingin mengejar kepuasan. Tidak juga salah sekiranya kita ingin mengejar kemewahan asalkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki dan kepuasan yang dicari adalah dengan cara dan jalan yang betul.

Tidak salah untuk kita mengejar kekayaan atau kemewahan, yang salah apabila kita mencari kemewahan dan kekayaan dengan cara penipuan,mengadakan skim cepat kaya dengan niat untuk menipu bagi tujuan kemewahan dan kekayaan diri sendiri.

Tidak salah untuk kita berubah kearah kesenangan, setelah sekian lama kita berada dalam kesusahan, Tetapi berubahlah dengan cara yang betul, usaha yang betul ,bukan dengan berperasaan tamak dengan menginginkan kesenangan tanpa perlu berusaha.

Berjayakah kita tanpa usaha? Setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran, terpulang melalui cara yang kita inginkan. Tetapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sekiranya kita ingin yang terbaik, lakukanlah sesuatu dengan baik, bukan dengn cara yang salah untuk hasil yang baik. Umpama sekiranya kita ingin menjadi seorang doktor kita harus belajar perubatan, dalami bidang perubatan, bukan belajar lain-lain bidang seperti accountacy atau undang-undang. Jadi lakukan yang baik untuk hasil yang baik..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepuasan...hakikat yg payah nk dicapai....penuh liku & duri...erti kesyukuran didalam diri adalah tanda kepuasan yg mutlak...manusia...slagi bernama & bergelar manusia....hakikat kepuasan sbnr adalah terlalu dalam utk diukur & dinilai....

Catat Ulasan