Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

06 Mei 2010

Kenapa Melayu .......

06 Mei 2010
Melayu jangan terus layu …
Kitakah ini ?
...........................................................................
Kenapa Melayu Tak Segar?
sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv

melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ini kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

Melayu suka hiburan
ada AF ada malaysian IDOL
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi idola
tabung anak2 yatim dan tabung masjid tidak mahu pula topup
not seringgit pun dah ketar tangan

sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan kita?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat di dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut

Merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?
melayu suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara di palestin tak pernah hirau
hari ini makan kfc, esok Mc d
saudara di Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara di Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yang bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris hendak maju
santau saudara sendiri
cucuk di hidung cucuk di pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

Suka berlagak dan bermegah
mahu jadi datin mahu jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun sudah tidak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm tidak apa jugak

Melayu memang hebat
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

Baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

Melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani, kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat

Ramai juga kat disko
release tension katanya
itu cara terbaik
mahu lupakan masalah keluarga, kewangan dan masalah di pejabat
ramai juga di lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yang busuk

umur 15 tahun sudah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tidak tahu malu mungkin ...?

Ramai melayu malam 14februari,
malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa itu menangis tidak cukup tisu
makayah tidak cukup kain tutup muka
ada pula 2 bulan tidak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tidak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

Di mana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak2 menjamu selera di restoran2
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

Politik melayu ada di mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan di toilet apa kurangnya
lepas itu mula la game
hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah
Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?

Ibubapa,cikgu2,ketua kampung, datuk2, datin2, tan sri2,
bapak2/ibu2 tok wakil rakyat, bapak2/ibu2 menteri ?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah 2

Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W
ADA RUANG YANG MASIH KOSONG ...
ADA PELUANG YANG MASIH MENUNGGU ...
ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA ...
DIKETIKA HATI MASIH LAGI SUCI ...

1 ulasan:

ana berkata...

sy amat suka dgn kata2 nie...
best sngat

Catat Ulasan