Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Masalah - Peluang & Kepercayaan

05 Mei 2010
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, Namun ada yang melihat masalah sebagai satu perkara yang menyusahkan. Setiap masalah yang datang akan hadir bersama dalam satu pakej. Iaitu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah melihat masalah sebagai peluang untuk kita memperolehi kejayaan.

Setiap kali kita menyelesaikan masalah, bermakna kita telah maju setapak kearah kejayaan.

Masalah berada di mana-mana
, yang penting kita tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Seorang usahawan yang pintar melihat masalah sebagai satu cara untuk menghasilkan wang. Seorang usahawan yang baik akan menjadikan masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling sebagai punca pendapatan.

Saya tidak bermaksud usahawan yang baik dan bijak adalah usahawan yang pandai mengambil kesempatan terhadap orang yang bermasalah.

Seorang usahawan hendaklah menganalisa dan mengkaji apakah produk yamg terbaik untuk dijual dengan mencari masalah yang berada disekeliling dan menjadikan produk kita sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut. Kerana untuk menjalankan perniagaan kita hendaklah menjual apa yang orang inginkan, bukan menjual apa yang kita ingin jual.

Masalah akan membawa keburukkan sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah. Tetapi masalah adalah peluang sekiranya kita boleh melihat masalah sebagai sesuatu yang positif.

Jangan lari daripada masalah.. kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah… Hadapi dengan tenang, cuba selesaikan dan Tawakkal..

Sekiranya kita bercerita tentang cabaran ataupun dengan kata yang sebenar masalah ,Setiap orang pasti mempunyai masalah. Setiap hari kita pasti berhadapan dengan masalah. Kita berurusan dengan masalah. Kita mendapat masalah. Kita membuat masalah, bahkan, adakalanya kita menjadi punca masalah.

Sekiranya kita mengkaji maksud disebalik perkataan masalah, pasti kita akan mengubah persepsi tentang masalah. Masalah sekiranya ditafsirkan ke dalam bahasa Inggeris, ianya bermaksud ‘problem’.

Perkataan ”problem” berasal dari bahasa Yunani, proballein, yang bila dikaji ianya memberikan makna yang sangat positif. Pro berarti forward atau maju.’ ballein’ pula bererti to drive atau to throw . Jadi, problem bererti bergerak maju, atau peluang untuk maju dan berkembang.

Masalah yang kita hadapi sebenarnya menunjukkan dimanakah ” level ” diri kita. Bukankah ada tertulis bahawa ALLAH tidak akan membiarkan kita diuji melebihi kekuatan kita untuk mengatasi masalah tersebut. Dan setiap masalah pasti ada jalan keluarnya?

Surah Al-Baqarah ayat 286 : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Masalah atau problem sebenarnya adalah guru yang seringkali kita abaikan. Kebanyakan orang mengalami masalah yang serupa kerana mereka tidak belajar dari masalah yang pernah mereka alami.

Hikmah yang diperolehi dari masalah ini ialah, kita mengetahui bahawa setiap perkara yang kita alami dipengaruhi oleh kepercayaan. Setiap kepercayaan pula mengakibatkan kesan dan akibat yang tertentu. Cara yang paling tepat untuk mengkaji samada kepercayaan itu memberikan manfaat atau kerugian, Ianya dapat dilihat dari akibat yang ditimbulkan oleh kepercayaan yang kita miliki.

Selagi kita memegang kepada kepercayaan yang sama maka hasil yang diperolehi juga sama.

Masalah lagi..

Dalam kehidupan ini, setiap orang pasti akan mengalami masa kesusahan, tidak kira dalam apa jua hal samada kesihatan, kewangan , perhubungan dan lain-lain lagi.

Jika kita mengalami kesusahan itu, sentiasa ingatkan diri kita bahawa kita bukan manusia pertama seperti nabi Adam dan Hawa,
Jadi bukan kita saja yang pernah mengalaminya, sudah ada orang lain yang pernah mengalami kesusahan sebelum kita. Bahkan mungkin orang tersebut sudah pernah menyelesaikan masalah seperti yang pernah kita hadapi sekarang ini.Jadi cari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ibarat sebatang pokok apabila dipotong pucuknya, pasti akan menghasilkan pucuk yang baru. Sekiranya pokok boleh meneruskan kehidupan walaupun di ganggu, apatah lagi kita manusia, dikurniakan akal dan fikiran, pasti masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya asalkan ada usaha.

Melarikan diri dari masalah bukanlah penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini yang sering terjadi, kerana takut menderita, kita sering mencari jalan pintas, lari dari masalah.

Bukankah kehidupan kita ini terlalu banyak pilihan, mungkin pilihan tersebut, masih belum kita sedar, Gunakan fikiran yang dikurniakan untuk mencari apakah pilihan tersebut, kerana selagi kita dikurniakan minda selagi itulah kita dikurniakan idea yang hebat untuk melakukan sesuatu perkara atau pilihan .

0 ulasan:

Catat Ulasan