Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

03 Mei 2010

Islam pendekatan terbaik tangani gejala sosial remaja

03 Mei 2010
Corak kehidupan masyarakat telah mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan perkembangan yang berlaku,baik perkembangan pesat dunia teknologi dan informasi,politik,ekonomi mahupun sosial.Fenomena ini turut melanda seluruh masyarakat dunia hari ini. Berdasarkan kajian sejarah sosial masyarakat,suatu perubahan yang amat ketara telah berlaku seperti masyarakat moden yang berubah bukan sahaja kepada aspek kebudayaan bahkan juga dari struktur masyarakat itu sendiri.Perubahan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat islam khususnya, harus mendapat perhatian kerana diselimuti kebimbangan merebaknya gejala-gejala negatif dalam kehidupan dan jiwa masyarakat islam yang harmoni.

Dengan perubahan yang berlaku, sedikit sebanyak ia telah membuka mata masyarakat untuk merenung kehadapan mengenang nasib masyarakat pada masa akan datang sekiranya gejala soaial masih melingkari kehidupan umat islam pada hari ini. Hal ini dapat dilihat bukan hanya melibatkan sesuatu kaum sahaja, tetapi ia adalah penyakit yang mengganggu gugat masyarakat seluruhnya. Perubahan sosial wajar mendapat tempat ke arah dimensi baru sensitiviti masyarakat.Deria sensiviti yang masih berfungsi mesti digunakan sebagai pemangkin untuk mengembalikan fitrah suci kejadian manusia untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenarnya dengan mempertingkatkan iman dan taqwa kepada allah dan rasulnya, memperteguhkan tali silaturrahim dan perpaduan umat serta menerapkan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip agama terhadap ahli keluarga,jiran tetangga,masyarakat dan negara.



Tanggungjawab individu Muslim ialah sentiasa membuka pintu hatinya untuk menerima ajaran islam yang dipertanggungjawab kepadanya.Manakala tanggungjawab sosialnya pula ialah sebagai anggota masyarakat yang baik dan prihatin bagi menyedarkan segenap sendi anggota masyarakat yang lain agar sentiasa mengambil ingatan dengan perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat dengan penghayatan nilai-nilai hidup mulia dan berfaedah kepada agama,bangsa dan tanah air. Kehidupan yang bertunjangkan hawa nafsu dan pengaruh nasir-anasir yang boleh merosakan wajar dielakkan kerana kehidupan sedemikian akan menjadikan seseorang itu sanggup melanggar batas dan tegahan Allah dan Rasulnya sama ada buta agama atau mencari kepuasan hidup.



Umat islam juga wajara mempunyai kesedaran terhadap perkembangan jiwa dan minda. Sebagai contoh perkembangan tidak sihat yang berlaku dikalangan muda mudi hari ini kebanyakkannya terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang memerlukan iman yang teguh bagi mengelak diri dari terjerumus ke lembah kebinasaan.Golongan ini harus diberi kesedaran dan peringatan tentang keimanan kepada allah dan hari akhirat sebagaimana yang ditegaskan oleh rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kedua-dua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri dihadapan tuhannya tangpa berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umur, bagaimana ia habiskan,tentang masa muda kearah mana ia pergunakan,tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dihabiskan dan tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya"(Riwayat At-Tarmizi)



Ingatan baginda ini sememangnya bertepatan dengan realiti kehidupan muda mudi dewasa ini dan masyarakat umumnya yang terjebak dengan gejala sosial yang akan merosakkan masa depan dan memusnahkan harapan agama,bangsa dan negara.



Islam adalah sistem hidup yang lengkap,bersifat sepadu,saling berkait dan menguatkan antara satu dengan yang lain.Islam juga ialah petunjuk kepada seluruh penganutnya agar memilih pendekatan agama bagi memenangi sebarang permasalahan yang berlaku dikalangan umat islam. Untuk mengambil islam sebagai landasan penyelesaian masalah, islam perlu dijadikan pengatur seluruh kehidupan.Pendekatan islam yang terbaik ialah pencegahan terhadap semua perkara yang boleh merosakkan umat manusia.Selain itu, pendekatan rawatan atau perubatan terhadap penyakit-penyakit sosial yang berlaku tidak diketepikan begitu sahaja oleh agama kerana islam tetap memberi peluang kepada sesiapa yang melakukan kesalahan (maksiat dan ingkar perintah allah) untuk kembali kepada andasan agama islam.Dasar pendekatan pencegahan yang dianjurkan agama segabai jalan menutup pintu bagi segala punca masalah yang berlaku dikalangan umat islam dapat diterjemahkan kepada beberapa aspek berikut:



Islam menitikberatkan tentang pendidikan membangunkan manusia dengan memberi perhatian kepada pendidikan Aqidah (Rububiyyah dan Uluhiyyah) untuk mengetahui hakikat diri sebagai hamba dan khalifah. Ia juga memberi penekanan kepada pendidikan ibadah yang tidak terbatas kepada solat, puasa,, zakat dan haji semata-mata,malah memusatkan seluruh hidupnya untuk beribadah kepada allah. Pendidikan yang diterapkan ialah memahami dan melaksanakan perintah allah melalui mujahadah dan ibadah yang tepat, memenuhi syarat dan rukunnya serta dapat menghayati roh dan jiwa ibadah tersebut.Ibadah yang dilakukan dengan sempurna akan dapat mengembalikan diri manusia lahiriah dan batiniah kepada fitrah sebagaimana yang dikehendaki oleh allah, maka perjalanan hidupnya akan berperanan semula sebagaimana fungsinya, iaitu tunduk dan patuh kepada perintah allah.Proses inilah akan melahirkan insan kamil yang bertaqwa di sisi tuhannya.Sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti tabah, sabar dan ikhlas yang perlu dipupuk dalam diri seseorang agar perlaksanaan perintah allah dapat dilakukan dengan sempurna.Setiap mukmin wajib berpegang kukuh ajaran yangh diturunkan oleh allah. Firman allah yang bermaksud :



" Allah telah menerangkan kepada kamu, di antara perkara-perkara agama yang ia tetapkan hukumnya, apa yang telah diperintahkannya kepada Nabi allah Nuh, dan yang telah kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah kami perintahkan kepada nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa iaitu " Tegakkan pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya'. Berat bagi orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engakau serukan kepada mereka. Allah memilih serta lorongkan kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamanya iaitu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat)" (Surah As-Syura : 13)



Sekiranya fitrah manusia yang suci bersih dinodai dan dicemari dengan dosa dan maksiat kepada allah, nescaya keamanan dan ketenangan tidak akan wujud seterusnya menimbulkan huru-hara,kacau bilau,perpecahan dalam masyarakat dan berlaku kerosakan.Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:



"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia ( timbulnya yang demikian) kerana allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (Surah Ar-Rum : 41)



Setiap insan mesti mengakui bahawa ia adalah seorang hamba allah dijadikan untuk menyembah dan mengabdikan dirinya pada allah. Hidup di dunia adalah sementara dan akhirat jua adalah matlamat terakhir. Setiap manusia akan dihidupkan kembali setelah dimatikan dan diperlihatkan amal perbuatannya di dunia seterusnya akan diberi ganjaran untuk amal kebaikan dan akan menerima balasan atas perbuatan jahat yang dilakukan di dunia. Memperkuatkan iman di dada dan melaksanakan perintah allah dengan penuh tulus ikhlas adalah ciri-ciri seorang yang beriman, kepercayaan dengan sepenuh hati bahawa allah s.w.t adalah tuhan yang wajib disembah dan kepercayaan bahawa hari akhirat dan kewujudan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan. Kepercayaan kepada malaikat-malaikat wujud untuk menjalankan tugas dan urusan allah dan percaya bahawa allah menurunkan kitab al-quran sebagai panduan hidup manusia dan Muhammad itu pesuruh allah yang ditugaskan untuk menyebarkan segala ajaran dan suruhan allah kepada manusia. Asas-asas tersebut wajib dijadikan landasan keimanan seseorang untuk mengecapi keredhaan allah s.w.t.



Langkah pencegahan lain yang dianjurkan islam ialah faktor pengambilan pemakanan yang halal atau lebih umum lagi mencari sumber pendapatan dengan cara yang halal. Firman allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik-baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada allah, jika kamu betul beribadat kepadanya". (Surah Al-Baqarah : 172).



Setiap pekerjaan perlu diberi penilaian kerana hasil rezeki yang baik untuk menampung keperluan diri dan keluarga hendaklah bersumberkan yang halal akan melahirkan individu yang baik perilakunya dan berhikmah tindakannya. Pekerjaan yang baik itu adalah pekerjaan yang mendapat keredhaan allah s.w.t iaitu kerja yang mendatangkan manfaat dan bukan kerja yang bersubahat dengan kemungkaran. Unsur-unsur riba, rasuah, perjudian dan lain-lain hasil haram wajib dielakkan. Allah s.w.t membuat penegasan bahawa rezeki yang diperolehi dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti. Firmannya yang bermaksud : "Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah An-Nisa' : 161)



Rezeki yang diperolehi dengan hasil yang haram akan menumbuhkan tubuh,darah dan dagng yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya".



Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firmannya yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)". (Surah Al-Baqarah : 168-169)



Kehidupan berkeluarga adalah sangat penting bagi setiap orang dan ajaran islam sememangnya menyeru umatnya menerusi al-quran dan al-hadis supaya berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Banyak pahala dan ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berbuat demikian. Berkeluarga juga boleh menghindarkan seseorang itu dari terjerumus ke lembah penzinaan, kerana islam hanya membenarkan nafsu syahwat yang menjadi sebahagian kehidupan seorang manusia disalurkan melalui ikatan pernikahan yang sah. Untuk membina satu keluarga yang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat, perlu ada perancangan yang teliti dan teratur perlu disusun. Suami isteri mempunyai bekalan dengan ilmu pengetahuan tentang islam serta ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam cara hidup berumahtangga. Membesarkan dan mendidik anak, membentuk akhlak dan sahsiah perlulah dilakukan dengan garis panduan dan lunas-lunas islam. Oleh itu, ajaran asas bagi anak-anak mestilah ajaran al-quran supaya dapat menghayati ajaran sejak peringkat awal lagi. Anak-anak yang membesar ke peringkat remaja dan dewasa mempunyai asas teguh sebagai displin diri mereka supaya mereka tidak jatuh tergelincir atau menyeleweng daripada jalan atau arus hidup yang penuh dengan berbagai cabaran dan liku-liku serta rintangan kehidupan. Islam turut mengingatkan bahawa anak,isteri dan harta benda adalah merupakan ujian. Jika ujian tersebut dapat dihadapi dengan baik, nescaya kehidupan akan disinari kebahagiaan dan dilimpahi keberkatan . Allah s.w.t mengingatkan hamba-hambanya agar sentiasa berdoa untuk kesejahteraan diri,isteri dan zuriat keturunan melalui firmannya yang bermaksud : "Dan juga mereka (yang diredhai allah, itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata "Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami iman ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa". (Surah Al-Furqaan : 74)



Penjagaan kesihatan adalah sangat penting untuk membolehkan amal ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Al-quran dan al-hads memberi panduan tentang penjagaan kesihatan, sama ada dari segi penjagaan pemakanan, riadah ataupun lain-lain perkara yang perlu dijaga demi untuk mendapat kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan. Rasulullah s.a.w banyak memberi panduan umatnya tentang tabiat dan juga kandungan makanan yang baik untuk menjaga kesihatan.



Pemakanan yang mengikut hawa nafsu jika tidak dikawal, boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit akibat daripada ketidakseimbangan dalam pemakanan. Begitu juga faktor ketenangan fikiran turut diberi perhatian oleh islam terutana strees atau tekanan mental dan fizikal akibat daripada bebanan kerja, pergaulan ataupun persekitaran.Amal ibadah merupakan cara yang paling berkesan iaitu sembahyang,berpuasa,membaca al-quran dan hubungan silaturrahim untuk menangkis keadaan strees ini. Strees atau tekanan mental dan fizikal ini telah dikaitkan oleh doktor perubatan sebagai penyebab seribu satu macam penyakit.



0 ulasan:

Catat Ulasan