Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Berjaya dan gagal

05 Mei 2010
ADA satu hukum ciptaan manusia di dunia yang dikatakan serba membangun ini. Hukumnya mudah dan kerana mudah, ia telah menjadi amalan sejak sekian lama.

Hukumnya begini : jika anda berjaya, kaya, anda akan dihormati, disanjung, diletakkan di depan. Jika anda kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang; terpinggir.

Yang mana satu pilihan bagi cara hidup kita? Fikirkan..

Bermula dari fikiran

Segala-galanya bermula daripada apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikirkan diri kita adalah yang terbaik. kita pasti akan menjadi yang terbaik. Sekiranya kita tidak yakin pada kebolehan diri kita, pasti kita tidak boleh.

Samada secara sedar atau tidak sedar, ramai yang telah menghabiskan waktu kehidupan dengan sia-sia. Tanpa apa-apa hasil, kerana masih lagi diselubungi dengan sikap kurang percaya pada keupayaan diri sendiri.

Bagaimana sekiranya kita menganggap waktu atau kehidupan anda sebagai modal atau wang yang dipinjamkan ALLAH kepada kita. Apakah yang kita akan lakukan?. Adakah kita akan membazirkan kehidupan kita tanpa apa-apa hasil ataupun kita akan melaburkan waktu kita untuk memberikan hasil yang maksima kepada kita? Pilihan tersebut hanya berada ditangan kita. Kita yang pilih kita yang tentukan. Segalanya bermula dari apa yang anda fikirkan tentang diri kita.

Sekiranya ketika ini kita masih lagi belum mengenali potensi diri kita sebagai seorang manusia, Ubah cara kita fikir. Laburkan waktu yang diberikan kepada ALLAH untuk menjadi seorang yang baik.

Sekiranya kita seorang peniaga atau usahawan, tonjolkanlah potensi yang kita miliki, manfaatkanlah ia untuk kebaikan orang lain.

Sekiranya kita seorang guru, tonjolkan potensi yang kita miliki untuk menghasilkan pelajar pintar dan berwawasan.

Sekiranya kita seorang jurutera, tonjolkan kreativiti kita untuk manfaat orang lain.
Sekiranya kita seorang doktor rawatlah pesakit kita dengan penuh kasih sayang.

Apa jua kedudukan kita, ketika ini, serlahkan potensi kita. Fikirkan kita yang terbaik dan sentiasa menjadi yang terbaik, kerana segalanya bermula daripada apa yang kita fikirkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan