Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kita mempunyai hak untuk berjaya..

05 Mei 2010
Jika seseorang itu berjaya, beliau akan dihormati, disanjung dan dipuja, dan sekiranya seseorang itu gagal, beliau akan dipinggirkan. Menyakitkan ? Itu adalah hukum ciptaan manusia, yang dicipta sejak dulu lagi, dan menjadi model atau ikutan kepada generasi seterusnya dan selagi pemikiran ini tidak diubah, pasti ianya akan masih menjadi ikutan, yang mungkin tiada penghujungnya. Siapa yang bersalah? Adakah minda separa sedar kita?

Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal berasa kecewa.

Yang gagal, mengapa mesti kecewa?, jika kecewa, kita tidak akan kemana-mana, pastinya akan terus berada di dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, jika kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza.

Manusia mempunyai maruah dan hak. Antaranya ialah hak untuk membangunkan diri, meletakkan diri di masyarakat dan hak untuk mencipta kejayaan.Gunakan hak yang ada untuk mengubah kehidupan dari menyakitkan kepada yang menyenangkan. Ubah persepsi dan sikap kita, yakinlah kejayaan akan menjadi milik kita, kuatkan semangat, lebihkan usaha.

kejayaan sentiasa berada di dalam diri kita, dalam hati kita. Cuma yang penting kita perlu berusaha untuk mengeluar dan mengaktifkannya demi kebaikan hidup kita. Kerana bagi saya kejayaan hanya milik sesiapa yang berusaha.

Duduk diam dan mengeluh akan hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur akan hanya menambahkan hutang.

0 ulasan:

Catat Ulasan