Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

06 Mei 2010

1001 Alasan Kita …..

06 Mei 2010
Berkali-kali kita menemui orang yang berkata, “Macam mana nak bisnes kalau saya tak ada modal…” atau “Saya nak cari duit tapi tak ada kenderaan nak bergerak (untuk jalankan bisnes atau kerja part time)…” atau “Saya busy la tak sempat nak bisnes part time cari duit lebih…” diiringi muka yang sedih dan monyok. Kalau kita perhatikan dalam-dalam wajahnya dan cuba mentafsir darjah kesedihannya tu. Ya, kebanyakan mereka memang benar-benar kesempitan wang. Kita pun pernah berjumpa dengan insan-insan yang menyedihkan ini atau kita sendiri yang berkata begitu!
Saya bukan ahli ekonomi nak beri mereka jawapan atau nasihatkan mereka.

Lagipun dalam kebanyakan masa, apabila saya cuba beri idea atau alternatif-alternatif nak mengatasi masalah mereka, mesti ada 10-20 jawapan diberikan untuk menepis SATU cadangan saya tu dan saya akan kasihankan orang tu (dalam hati lah) kerana betul lah dalam buku motivasi ada mengatakan “Orang yang yang gagal akan sering memberi alasan…” Apabila otak sudah awal-awal kata “Saya tak boleh buat…” maka, segala apa yang datang akan cuba ditepis dan mereka akan kekal tidak berganjak dari kedudukan mereka yang malang.

Berbalik kepada kisah orang yang suka memberi 1001 alasan tadi, sebenarnya hanya ada satu sahaja penyelesaian untuk mereka. Dan ini bukan dongengan ya, saya dah baca banyak buku mengatakan hal yang sama iaitu “ GUNA OTAK ” untuk atasi hal tersebut. Billi Lim ada berkata, kita mesti cari cara untuk mempelajari seni mencipta kekayaan (art of welath creation). Jangan risaulah kalau kita bukan anak orang kaya. Kita sendiri boleh hidup senang kalau kita boleh gunakan otak untuk keluar dari kepompong kesesakan wang.
Kita sebenarnya telah dilahirkan dengan aset yang banyak tetapi kita tak menyedarinya kerana Tuhan memberi kita percuma. Sebab itulah kita tak menghargai anggota badan kita seperti buah pinggang, usus, jantung dan semakin merosakkannya dengan makan macam-macam jenis ‘racun’ yang kita tahu akan merosakkan organ badan. Paling menyedihkan ialah kita tak menggunakan OTAK kita yang sememangnya magic dan hanya manusialah spesis hidupan yang ada OTAK dan AKAL.

Kita patut menggunakan aset yang Tuhan dah berikan percuma kepada kita iaitu OTAK untuk mencari jalan menyelesaikan masalah kewangan kita bukannya dengan mengharapkan kita ada wang lebih untuk dijadikan modal berniaga, ada lebih masa untuk bisnes atau ada kenderaan macam ceritakan tadi. Bukan, bukan, bukan. Itu bukan penyelesaiannya….

Dengan inisiatif diri sendiri, kita akan menggunakan tulang empat kerat dan tenaga untuk mengusahakan apa yang telah difikirkan oleh AKAL kita, insyaallah akan dapat hasilnya,

0 ulasan:

Catat Ulasan