Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kunci Kejayaan

05 Mei 2010
Jika kita ...
ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan,
ingin mendapatkan kebahagiaan yang sejati,
ingin lebih disayangi oleh ramai orang,
ingin lebih dihormati,
ingin meraih kejayaan dan kemuliaan dalam hidup dan
ingin menjadi orang yang bermanfaat bagi orang lain,

cara untuk mendapatkannya sangat mudah, iaitu mulailah dengan banyak memberi dan berkongsi .


Jangan kedekut dan biasakan diri kita untuk memberi dan berkongsi,samada melalui harta kita, ilmu, atau dengan membantu dan membahagiakan orang lain. Setiap perkara yang kita berikan, kita akan mendapatkannya kembali, berkali ganda dari apa yang kita berikan.

Ramai telah melakukan apa yang disarankan di atas dan telah memperolehi hasilnya. Inilah kunci kejayaan dan kekayaan yang kita perlu tahu.

Dengan memberi dan bersedekah sebenarnya kita telah menyebarkan energi positif dari dalam diri kita. Energi yang akan menyebar dari memberi, bukan hanya memberikan kebahagiaan bagi orang lain yang menerimanya, tetapi juga menciptakan lebih banyak lagi kebahagiaan bagi individu yang memberi. Ini adalah hukum kehidupan yang benar, samada kita menyedari tetang kewujudan hukum ini atau pun tidak.
Selamat memberi dan menerima hasilnya !

0 ulasan:

Catat Ulasan