Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Sistem kepercayaan dan keyakinan

05 Mei 2010
Kunci Kejayaan ... salah satu faktor yang menjadi kunci seterusnya membantu perubahan dalam kehidupan ialah sistem kepercayaan dan keyakinan kita. Jika dulu, kita adalah manusia yang mempunyai konsep diri yang amat lemah, ragu-ragu dan kurang yakin terhadap apa yang kita lakukan. Keraguan itu wujud kerana kita tidak mempercayai kebolehan diri kita sendiri. Jadi jangan ikuti kebodohan yang kita pernah lalui ini. Belajar daripada kesilapan orang lain adalah lebih baik daripada belajar daripada kesilapan dan kegagalan diri sendiri.

Ini kerana jika kita tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri, bagaimana kita akan berusaha semaksimum yang mungkin?

Sekiranya kita yakin dan percaya, setiap usaha dan kerja keras yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil ,yang sepadan dengan usaha yang kita lakukan. Pasti kita akan terus berusaha dan berusaha kerana kita yakin sudah pasti tiada usaha yang kita lakukan menjadi sia-sia.

Keyakinan adalah satu kekuatan yang amat dahsyat. Dengan keyakinan, kita pasti dapat mengubah sesuatu yang dianggap mustahil sebagai realiti. Jadi bagaimana untuk menghasilkan keyakinan dalam diri anda?

Jawapannya ialah percaya kepada diri sendiri. beri kepercayaan kita kepada diri kita sendiri, pelajari pola dan hukum alam dan jadikan ia sebagai satu pegangan.

Kita selalu dengar, ada yang selalu mengatakan tidak ingin hidup susah, tidak ingin hidup miskin, tetapi masih lagi hidup susah dan miskin. Mengapa? Ini adalah kerana LOA tidak bertindak atau berfungsi kepada percakapan atau ucapan, tetapi hanya bertindak melalui fikiran. Jadi untuk kita menjadi lebih senang dan berjaya, satu perkara yang paling penting perlu kita lakukan ialah dengan meningkatkan kualiti cara kita berfikir, bukan ucapan atau tindakan.

Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.

Untuk menyayangi diri kita sendiri, bukan bermakna kita perlu mementingkan diri sendiri ataupun bersikap ‘arrogant’. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah, kita perlu menyayangi diri kita seadanya. kita perlu menyayangi bentuk tubuh badan kita, walaupun bentuk badan kita tidak menepati apa yang kita inginkan. Belajarlah untuk menyayangi warna rambut dan mata kita, kerana ianya adalah anugerah , yang kita terima sejak kita dilahirkan.

Belajarlah untuk menyayangi seluruh anggota badan kita, pemikiran dan emosi. Pendek kata, belajarlah untuk menyayangi apa yang kita miliki dengan seadanya.

Ramai diantara kita yang mengharapkan kasih sayang daripada orang lain, sehingga hancur luluh hati apabila diri dikecewakan. Satu pertanyaan untuk kita, adakah diri dan kehidupan kita layak dan berhak untuk disayangi oleh orang lain, sekiranya kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyayangi diri kita sendiri?

0 ulasan:

Catat Ulasan