Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Blog ini hanyalah artikal semata-mata. Ianya ada yang ditulis dan ada yang diambil dari sumber-sumber yang dipercayai (Sebelumnya saya mohon maaf jika saya mengambil artikal ini tanpa izin yang empunya). Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan mengenai artikal ini harap dimaafkan, diberi komen atau cadangan. Semuga sedikit sebanyak ianya dapat berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan kepada kita yang sedang mencari " ILMU " untuk manaafat diri dan sahabat-sahabat kita ... terima kasih.

05 Mei 2010

Kita Pengecut !

05 Mei 2010
Kita kembali semula ke zaman kanak-kanak kita, Sejak lahir, kita hanya mampu berbaring, selepas itu meniarap, selepas itu kita belajar merangkak, dan tidak lama kemudian akhirnya kita dapat berjalan. Mengapa seorang bayi yang sebelumnya hanya mampu menangis, namun akhirnya dapat berjalan ?

Ini kerana minda seorang bayi masih benar-benar bersih daripada perasaan-perasaan negatif yang terbentuk daripada persekitaran dan pengalaman hidup.

Seorang bayi belum mengenal istilah takut akan kegagalan dan takut untuk jatuh, meskipun kerap kali terjatuh ketika mencuba untuk berdiri, namun ia terus mencuba dan akhirnya mampu berdiri dan berjalan dengan baik.

Tidakkah kita merasa malu, terhadap bayi kecil tersebut yang tidak pernah merasa takut untuk gagal, sedangkan terdapat segelintir di kalangan kita yang lebih selesa menjadi seorang yang pengecut, walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat dan gagah.

Tidakkah kita malu terhadap bayi , yang gigih berusaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan sedangkan kita, terlalu mudah kecewa dan putus asa walaupun keupayaan kita melebihi daripada keupayaan mereka.

Tidakkah kita kesal, kita dilahirkan sebagai seorang yang penuh dengan kekuatan, tetapi hari ini kita menjadi seorang yang pengecut, lemah dan takut untuk gagal.

Adakah kegagalan itu amat menakutkan?.
Adakah kegagalan itu boleh membawa kepada kematian?
Adakah kegagalan itu membuatkan kehidupan kita akan terus mati dan tidak dapat bangkit lagi?.


Sekiranya kita takut kepada kegagalan ini bermakna kita fokus kepada kegagalan. Jadi tidak mustahil kita akan sentiasa menjadi seorang yang pengecut dan penuh dengan kegagalan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik kata-kata nie..:)

Catat Ulasan